Latihan.my Terus pilih tahun & subjek ↗

Untuk mak ayah yang nak bantu anak ulang kaji

Nak anak ulang kaji.
Tapi asyik kena suruh dan duduk sekali?

Bila anak buka buku, kita masih tertanya: apa yang dia dah ingat? Cuba tengok cara flashcard membantu anak test diri sendiri, satu soalan pada satu masa.

Anak yang anda nak bantu sekarang di peringkat mana?

Tengok contoh dahulu. Tak perlu daftar untuk cuba di sini.

Kenal pasti keperluanCuba satu kadPilih info yang sesuai

01 / Situasi di rumah

Yang mana paling biasa berlaku?

Pilih satu yang paling dekat dengan rutin anak. Atau terus tengok demo di bawah.

Kesukaran anak semasa ulang kaji

02 / Cuba sendiri

Oh, macam ni
cara dia ulang kaji.

Anak cuba jawab dahulu, kemudian semak. Mak ayah pun boleh guna kad yang sama untuk soal jawab bersama.

Soalan dan jawapan contoh ini diambil daripada bahan demo flashcard kami. Paparan di sini dipermudahkan supaya anda boleh cuba terus.

Dah faham? Pilih tahun & subjek →
Matematik · Konsep pecahanContoh kad

CUBA JAWAB DAHULU

Apakah pecahan wajar?

Fikir jawapan sekejap sebelum buka.

Lihat paparan contoh asalContoh asal flashcard Matematik: Apakah pecahan wajar?

03 / Bayangkan rutin anak

Boleh masuk dalam rutin rumah kita?

Mulakan dengan satu topik yang anak dah belajar. Tak perlu terus habiskan satu bab.

01

Pilih satu topik

Selepas baca buku atau habis kerja sekolah, buka flashcard topik yang sama di telefon, tablet atau laptop dengan internet.

02

Cuba beberapa kad

Teman anak cuba dahulu jika perlu. Bila dah biasa, beri ruang untuk dia jawab dan semak sendiri.

03

Tanya satu perkara

“Tadi soalan mana yang susah?” Gunakan jawapan anak untuk tahu topik mana yang boleh dibaca atau dilatih semula.

Dah ada buku dan tuisyen?

Flashcard boleh jadi bahan soal jawab selepas belajar. Anak masih perlukan penerangan untuk topik yang belum difahami, serta latihan bertulis dan pengiraan.

04 / Pilihan untuk anak anda

Nak tengok flashcard yang mana?

Mula dengan seorang anak dan satu subjek. Pilih tahun, kemudian tengok info set yang berkaitan.

1. Pilih tahun atau tingkatan

Set yang disenaraikan bermula Tahun 4. Subjek berbeza mengikut tahun.

Sebelum tengok lebih lanjut

Masih tertanya-tanya?

Anak saya akan guna ke?

Cuba demo ini bersama anak dan lihat sama ada dia selesa dengan format soal jawab. Mulakan dengan beberapa kad daripada topik yang sudah dipelajari. Minat dan keperluan setiap anak berbeza; rutin masih perlu dibina sedikit demi sedikit.

Saya kena duduk sebelah sepanjang masa?

Soalan dan jawapan tersedia untuk anak semak sendiri. Anak yang lebih kecil atau belum biasa mungkin perlukan bantuan untuk membaca, memilih topik dan memulakan sesi. Anda boleh teman pada awalnya, kemudian semak bersama bila perlu.

Kalau anak buka benda lain di telefon?

Persetujui satu topik dan tempoh sesi sebelum mula. Boleh juga guna tablet atau laptop di ruang bersama. Flashcard ini bahan belajar digital; ia tidak menyekat aplikasi lain pada peranti anak.

Ini kad fizikal atau digital?

Ini flashcard digital yang diakses secara online melalui peranti dengan internet. Tiada kad fizikal dihantar. Lihat panduan cara guna.

Berapa harga dan apa yang saya dapat?

Pilih tahun dan subjek di atas untuk buka halaman info. Di situ anda boleh semak kandungan, cara akses, harga dan syarat pembelian sebelum membuat keputusan.

Anak Tahun 1–3 ada pilihan?

Set dalam pilihan ini bermula Tahun 4. Kami tidak menyenaraikan set untuk Tahun 1–3 di sini. Pilih bahan mengikut tahap dan keperluan anak.

Pilih tahun & subjek anak →