Jenis-jenis pecahan
Pecahan mewakili sebahagian daripada satu keseluruhan.
- Pecahan wajar: pengangka lebih kecil daripada penyebut, contohnya 3/4.
- Pecahan tak wajar: pengangka lebih besar atau sama dengan penyebut, contohnya 7/4.
- Nombor bercampur: gabungan nombor bulat dan pecahan wajar, contohnya 1 3/4.