Latihan.my

Persediaan SPM bermula di sini.

Kenali peperiksaan, pilih bahan dan mulakan ulang kaji. Kita mulakan dengan Sejarah: baca soalan, cuba ingat dan semak jawapan.

Bahan untuk subjek anda

Tingkatan 4Tingkatan 5

Sejarah SPM

Mulakan dengan latihan mengingat fakta. Cuba contoh soalan ringkas dan gunakan flashcard untuk menyemak perkara yang masih belum diingati.

Lihat bahan Sejarah

Apa yang boleh anda buat?

  • Cuba soalan ulang kaji tanpa log masuk.
  • Buka jawapan selepas mencuba sendiri.
  • Terokai flashcard Sejarah Tingkatan 4 dan 5.

Apa itu SPM?

SPM ialah singkatan bagi Sijil Pelajaran Malaysia, peperiksaan pada peringkat menengah atas yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persediaan bermula dengan memahami subjek yang diambil dan bentuk pentaksirannya. Selain peperiksaan bertulis, terdapat komponen seperti ujian bertutur, mendengar dan amali bagi mata pelajaran yang berkaitan.

Mulakan dengan satu sesi kecil

1. Pilih satu topik

Ambil topik yang baru dipelajari atau yang masih sukar diingati.

2. Cuba tanpa nota

Baca soalan dan sebut atau tulis jawapan sebelum menyemaknya.

3. Semak dan ulang

Kenal pasti fakta yang tertinggal. Baca semula topik itu dan cuba lagi dalam sesi berikutnya.

Untuk ibu bapa juga

Bantu anak memilih satu topik dan beri ruang untuk mereka mencuba. Gunakan jawapan yang tersedia untuk menyemak bersama, kemudian tanya bahagian mana yang perlu diulang.

Teruskan dengan Sejarah

Contoh soalan ringkas boleh menjadi pembuka sesi ulang kaji sebelum anak berlatih menjawab soalan yang lebih panjang.

Buka halaman Sejarah SPM

Rujukan peperiksaan

Maklumat asas dirujuk kepada maklumat SPM KPM dan takwim rasmi KPM. Untuk format setiap mata pelajaran, rujuk Lembaga Peperiksaan.