Langkau ke kandungan

Jangan rampas phone anak. Tukar apa yang dia buat dalam phone tu.

Latih tubi Sejarah dan Sains yang rasa macam game: XP, level, streak dan leaderboard. 15 minit sehari, ikut sukatan KSSR dan KSSM untuk Tahun 4 hingga Tingkatan 5.

Daftar dan pilih subjek

Mula RM29 sebulan. Tiada auto renew.

“Baru jer 2 bulan tapi ada peningkatan.”
Ibu bapa pengguna Latihan.my, melalui WhatsApp
Leaderboard Latihan.my di telefon: anak di kedudukan 175, 40 XP lagi untuk naik ke 174
  • Kumpul XP
  • Naik level
  • Streak harian
  • Leaderboard

Paksa tak jalan. Game jalan.

Anak dah biasa main game dalam phone. Latihan.my guna tabiat yang sama untuk latih tubi.

Cara lama

  • Suruh study, jawapan dia “kejap lagi”.
  • Kejap jadi sejam. Sejam jadi esok.
  • Rampas phone, gaduh, dia makin rebel.

Dengan Latihan.my

  • Dia buka sendiri sebab nak kumpul XP dan jaga streak.
  • Nak kalahkan markah semalam, nak lawan kawan dalam leaderboard.
  • 15 minit dari screen time jadi latih tubi Sejarah atau Sains.

Kenapa cara ni jalan

Anak rasa macam main game. Ibu bapa nampak apa yang dia dah kuasai dan apa yang belum.

Anak buka sendiri

Setiap jawapan betul bagi XP. Kumpul XP untuk naik level, buka lencana baru, jaga streak harian, dan tengok kedudukan dalam leaderboard. Sebab tu dia nak sambung esok.

“Anak2 saya sure nak join. Diaorg suka guna Latihan.my.”
Ibu bapa pengguna Latihan.my
Koleksi lencana anak di telefon: 20 daripada 83 lencana, dengan lencana yang hampir dapat

15 minit, terus faham

Satu set 10 soalan, ikut sukatan KSSR dan KSSM. Lepas jawab, anak nampak jawapan sebenar dan penerangan untuk setiap soalan. Salah pun dia belajar sesuatu.

Soalan latih tubi Sejarah Tahun 6 di telefon, dengan empat pilihan jawapan

Tahu topik mana yang lemah

Sistem kira purata markah setiap unit dan tunjuk unit paling kuat dan unit yang perlu fokus. Ibu bapa nampak laporan yang sama untuk setiap anak.

“Kami, ibu bapa suka sebab progress report detailed tapi mudah nak faham. Ada struktur.”
Ibu bapa pengguna Latihan.my
Analisis kekuatan dan kelemahan mengikut unit Sejarah
Daftar dan pilih subjek

Mula RM29 sebulan. Tiada auto renew.

Mula dalam 3 langkah

Daftar dan anak boleh jawab set pertama hari ini.

  1. Daftar akaun ibu bapa

    Satu akaun ibu bapa untuk semua anak. Semua bayaran dan laporan ada di sini.

  2. Tambah profil anak

    Setiap anak log masuk sendiri, dengan XP, streak dan laporan sendiri.

  3. Pilih subjek dan mula

    Pilih Sejarah, Sains, atau kedua subjek. Satu langganan buka semua peringkat subjek tu, tak perlu pilih Tahun atau Tingkatan.

Ibu bapa yang dah guna Flashcard kami

Flashcard Sejarah dan Sains ialah produk lain dari pasukan Latihan.my. Ini mesej sebenar daripada pembeli.

Pembeli Flashcard berkongsi kertas Ujian Sumatif Sejarah Tahun 6 dengan markah 98 peratus
Sejarah Tahun 6, markah 98%
Ibu bapa berkongsi anak dapat 93 dalam UPSA selepas guna Flashcard Sejarah
Flashcard Sejarah, UPSA 93
Ibu bapa belajar Sejarah Tingkatan 1 bersama anak dan mahu beli Tingkatan 2 tahun depan
Tingkatan 1 tahun ni, Tingkatan 2 tahun depan
Komen Facebook pembeli yang dapat Flashcard Sains dan Sejarah dengan cepat
Bayar je terus dapat

Harga ikut subjek

Bayar sekali untuk satu subjek. Tiada auto renew, jadi tiada caj mengejut. Sambung bila anak perlukan.

Pilihan paling ramai

30 hari

RM29 satu subjek

Sesuai untuk mula dan tengok sendiri anak suka atau tak.

Jimat 20%

3 bulan

RM69 satu subjek

Purata RM23 sebulan. Cukup untuk satu penggal persekolahan.

Jimat 50%

Setahun

RM174 satu subjek

Purata RM14.50 sebulan. Untuk latihan konsisten sepanjang tahun.

Semua pakej termasuk

  • Semua peringkat subjek yang tersedia
  • Latihan tanpa had
  • XP, level, streak dan leaderboard
  • Penerangan untuk setiap jawapan
  • Laporan kemajuan untuk ibu bapa
  • Tiada auto renew
Daftar dan pilih subjek

Pilih pakej selepas daftar akaun ibu bapa.

Soalan lazim

Ada soalan lain? WhatsApp kami.

Subjek apa yang ada?

Sejarah dan Sains. Satu langganan merangkumi semua peringkat yang tersedia untuk subjek itu. Peringkat yang ada berbeza ikut subjek.

Boleh langgan lebih dari satu subjek?

Boleh. Setiap subjek dilanggan berasingan, jadi anda bayar hanya untuk subjek yang anak perlukan.

Boleh buat akaun untuk lebih dari seorang anak?

Boleh. Satu akaun ibu bapa boleh tambah beberapa anak. Setiap anak ada log masuk, langganan dan laporan kemajuan sendiri.

Macam mana Latihan.my bantu anak?

Anak jawab set 10 soalan ikut sukatan. Lepas setiap set, dia nampak jawapan sebenar dan penerangan. Sistem kira purata markah setiap unit supaya anda dan anak tahu unit mana yang perlu lebih latihan.

Soalan ikut sukatan terkini?

Ya. Soalan diselaraskan dengan sukatan KSSR dan KSSM, dan kami kemas kini bila ada perubahan.

Apa jadi bila langganan tamat?

Tiada auto renew dan tiada caj tambahan. Akses latihan subjek itu berhenti, tapi akaun dan rekod anak kekal. Beli pakej baru bila nak sambung.

Boleh guna di telefon?

Boleh. Latihan.my dibuka terus dalam browser telefon, tablet atau komputer. Tak perlu download app.

Macam mana nak bayar?

Bayar online melalui CHIP selepas pilih subjek dan pakej. Akses dibuka sebaik sahaja bayaran disahkan.

Tukar 15 minit screen time anak, mula hari ini.

Pilih Sejarah atau Sains. RM29 sebulan, tiada auto renew.

Daftar dan pilih subjek